Kursus Sehari Perancangan Strategik

KASMA akan menganjurkan kursus sehari perancangan strategik. Kursus ini terbuka kepada awam yang berminat pada harga yang sangat berpatutan. Objektif Kursus ini adalah bagi menyediakan pengetahuan tentang teknik yang berkesan untuk menyediakan perancangan strategik dan mengimplementasikannya. Semua bekas pelajar SMSAH termasuk Usahawan, Pengurus, Eksekutif, Pegawai dan sesiapa sahaja yang berminat di dalam perniagaan adalah digalakkan untuk menyertai kursus ini.

Sedikit sebanyak maklumat berkenaan kursus.

[box] Ini adalah kursus intensif sehari khusus dirancangkan oleh Koperasi Alumni SMSAH dengan tujuan menerokai isu-isu pengurusan strategik untuk menyediakan rangka kerja bertujuan menganalisis dan mengimplimentasi. Pendekatannya peraktikal dan setelah mengikuti kursus ini para peserta akan mengetahui bagaimana membuat perancangan strategik yang berkesan untuk organisasi mereka. Mereka juga akan mempunyai perspektif yang lebih luas dan pandangan yang global dalam proses perancangan tersebut, di samping berkongsi dengan ketua kursus yang mempunyai pengalaman luas dalam perancangan syarikat dari dalam dan luar negeri. Bayaran dikenakan adalah untuk tabung Koperasi Alumni SMSAH.[/box]

Tempat: HOTEL SRI PETALING, KUALA LUMPUR

Tarikh: 15 OKTOBER 2012

Masa: 8.30 PAGI – 6.00 PETANG 

Untuk maklumat lanjut, anda memuat turun borang maklumat dan penyertaan yang dilampirkan. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi sekretariat@kasma.my atau 013-246-3458(ila).

Download Maklumat lanjut dan borang pendaftaran : Kursus Sehari Perancangan Strategik

Download PDF: notice dated September 20, 2012

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE